Saving for retirement

Posted by Wan Rosida Wan Rasik as

Pagi ini saya temukan sebuah artikel yang disiarkan di The Star Online pada 24 Oktober 2010. Artikel tersebut bertajuk “Is savings enough for retirement?”. Di dalam artikel tersebut, penulis Joseph Low telah mengulas laporan AXA Retirement Scope 2010 mengenai kesedaran masyarakat terhadap persediaan persaraan di beberapa negara.


Apa yang dapat saya simpulkan melalui pemahaman saya adalah:


tahap kesedaran mengenai perancangan persaraan di kalangan masyarakat masih rendah;


bagi mereka yang mempunyai kesedaran tersebut, mereka mula merancang persaraan pada umur yang agak lewat;


menabung sahaja tidak mencukupi;


caruman KWSP sahaja pun tidak mencukupi;


duit simpanan sedia ada perlu di’kembangkan’ (dengan kata lain dilaburkan);


ada banyak kaedah/instrumen yang boleh digunakan bagi tujuan melabur;


perlu berbelanja secara berhemat;


mengutamakan simpanan untuk diri sendiri dahulu berbanding berbelanja mengikut kemahuan;


setelah menabung dan membuat pelaburan, perlu ada perlindungan;


Tapi, apa yang saya rasa sangat penting adalah jagalah kesihatan diri – ada duit pun kalau dah sakit, boleh habis semua duit simpanan! Satu lagi, kalau dah sakit, macam mana nak bekerja dan mendapat gaji dan upah? Teringat saya akan sabda Nabi S.A.W. – rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, dan salah satu daripadanya adalah nikmat sihat sebelum sakit!!



Comment Form

Jumlah Paparan Halaman

Followers